Di Guar Halban itu aku dilahirkan. Pagi Isnin yang sunyi aku tercium bau bumi yang harum. Burung cak dan murai bersiul mengucap selamat untukku. Sang lelaki gagah tak berbaju mengazankan kalimat suci ke telingaku. Hingga kini ia masih terngiang dan hidup bersama nafasku